Friday, May 25, 2012

what comes around goes around

   Hai assalamualaikum. Long time no see. K mid-year exam dah habis. hooray -___- (dengan muka takde perasaan) kau tahu kenapa aku macam ni? Ni lah aku nak story telling dengan hangpa ni. Aku sumpah tak bersemangat langsung jawab exam mid-year ni. Seriously okay. Aku jawab ala kadar je. Kau tahu kenapa? Ni lah aku nak ceghita dengan hangpa ni. Haishh.

   Okay, cerita dia macam ni, lepastu macam tu, aa lepastu, aa k dah habis. Tepuk tangan sikit. Eh! sapa suruh tepuk banyakbanyak? Aku cakap sikit je okay sikit je. Mean jari telunjuk tangan bertemu dengan jari telunjuk kiri. Tepuk sebanyak sekali je. Okay dah. Pada tanggal 21 Mei 2012, aku telah digemparkan dengan berita yang sangat mengemparkan sehingga boleh menggemparkan seluruh warga kota tinggi. wuuuuuuuuuuuuuuuuuuu haha lebih ah. Eh tapi aku serious okay. Hari isnin lepas aku dapat tahu ustaz tuan za dapat pindah terengganu. And apabila bapak dia dapat pindah, ofcoz anak dia kene ikot sekali kan? Ah. itu part yg paling sad okay.

    Aku rasa serious rasa macam nak pengsan bila dira panggil masuk kelas and bagitahu tuan dapat pindah. K masa tu serious rasa macam, eh? aku ni tidur lagi ke apa. mimpi apa ni. simpang betul. Tapi then aku realise. Ianya bukan mimpi tapi realiti. Aku terkejut then macam blur kejap. Pastu tak lama mcm tu mula la mata aku macam nak berpeluh je tapi aku tahan. Untuk tuan, aku tahan. Buat cool je. Jangan nangis di awal pagi anis. Then tetiba datang zira and bila dia tahu, dia terus nangis. Ah kacau betul la zira ni orang dah penat2 cover cun supaya tak nangis. Aku pun apa lagi mula la berlinang airmata. But then cepat2 kesat sebab taknak tuan nampak. Dia tga pujuk zira kat lua kelas masa tu. Harharr :B

    Pastu pagi tu paper penulisan. Ntah apa2 yang aku tulis pun aku taktahu. Minda aku kosong. Aku just pk apa aku nakbuat kalau takde tuan. Aku tak boleh bayangkan kalau tuan takde. Seriously takboleh okay. Pastu lepas rehat aku pun dok tulis surat untuk tuan. Suratnya bertajuk 'SURAT BUAT BAKAL EX-FRIEND' jahat tak jahat. harhar. Itu sesaje je. Aku tulis surat tu panjang gila k. Dah la tulisan kecik2 pulak tu. Aku tulis surat then tga2 tulis surat tu, tetiba tertouching. And tetiba ternangis. Depan budak lelaki pula tu. How pathetic I am ._. aku nangis tiga kali pulak tu. First nangis, then stop. Then nangis lagi sebab qi tu haa buat aku nangis. then stop. Then nangis lagi sebab tuan peluk aku. Ah. Bila la kita nak bermanja lagi kan tuan? Yang siotnya, Afiq Sor boleh gelakkan aku. bedebah. takpe takpe. btw, a ku mmg selalu kantoi nangis dengan dia. so dia dah biasa.

    And malamnya pun aku nangis. Serious okay rasa macam mimpi. MIMPI MIMPI MIMPI! ish. Since form one lagi, kita dah cakap pasal bapak kau mintak pindah terengganu. Tapi tak tahu bila. Ingatkan tahun ni Pmr, so kau takde la pindah tahun ni kan. Tapi, ianya terjadi tahun ni. benda yang tiap2 tahun kita cakap. Tak sangka. tahun ni yang kau pindah. kenapa dlm byk2 tahun, tahun ni yg kau pindah? kenapa? Aku sedih okay sedih. Dengan siapa aku nak lepak pepagi nanti? Aku tahu apiz ada tapi tak complete tanpa kau. Takkan aku nak story pasal sayur hati dekat apiz. Mesti lah nak cerita dekat kau. Kau je tempat utk aku berstory telling pepagi tu. Nanti aku akan masuk kelas kau and tersengih2 pegi dekat tempat kau. Nanti kau pun dpt agak mesti ada something yg buat aku happy. Tuan, dah lama tak text dengan kau tuan. Rindu :') cepat cepat lah dapat fon eh eh?

Tuan Nur Akmaliah binti Tuan Mohd Za
    Dengar lah ni aku nak bagi pesanan terakhir dekat kau. Kau pindah sana take care okay? Jaga diri okay? Ingat orang tersayang okay? Ingat kitorang okay? Ingat whisper okay? Ingat aku okay? okay? :'( Ah tuan. Bila lagi la aku dapat jumpa kau. Akhir tahun tu lama tuan lama. Sangat lama. Tuan, andai kata kita tak jumpa lagi, kau jaga diri okay? Duduk dekat sana dengar cakap abi dengar cakap umi, okay? Lepastu selaluselalu lah pegi pantai tepi rumah kau tu. Kalau kau rindu aku or kitorang, kau pegi pantai okay? Tengok pantai je, ingat aku okay? Memandangkan rumah kau tepi laut, so kau akan selalu ingat aku hihi. Lepastu, kalau kau rindu aku memalam tu kan, tak cukup dengan laut, tengok lah bulan. Sebab walau kat mana pun kita berada, kita tetap memandang pada bulan yang sama :) #syahdu siot haha. 

   Maaflah aku tak sempat nak beli apa2. Buzy dengan exam. Kekadang jeles jugak tgok budak biruni prepare segalanya untuk kau. Dan aku? Ah. Rasa macam diri ni tak berguna je. k nak nangis. Again, sorry :\ aku nak belikan kau hadiah tapi tak sempat. Sumpah tak sempat. bukan sengaja. Takpe, aku akan sentiasa doakan kau dan kau akan sentiasa ada dalam doa aku. Duduk jauh2 tu belaja rajin tau? Jangan lupa kan aku k. So, orang kat bawah ni semua sayang kau. Dorang kirim salam dekat kau. Jaga diri k? Bye assalamualaikum 


 nampak lelaki sebelah aku tu? pakwe baru harhar :3



le me love you forever - Capt AF

No comments:

Post a Comment